Mohd. Khairuddin Daud
Ketua Wira Warisan P167 Kudat
Anak Jati Kudat. Suami & Bapa. Aktivis & Pemimpin Masyarakat.
Tentang Saya
Nama saya Mohd. Khairuddin bin Daud, lahir pada 12 Februari 1990 di Hospital Besar Kudat. Saya anak jati Kudat, Sabah β sebuah daerah yang penuh dengan potensi dan cabaran. Berbangga menjadi seorang Suluk Sungai, saya dibesarkan dengan nilai-nilai tradisi dan semangat perjuangan yang tinggi.
Perjalanan hidup saya membawa saya menuntut ilmu di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam bidang Sains Sekitaran, sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana di Open University Malaysia (OUM) dalam bidang Keselamatan, Kesihatan dan Pengurusan Risiko. Kini saya berkhidmat sebagai HSE Specialist di Maxis Broadband Sdn. Bhd., namun hati saya sentiasa terpaut pada perjuangan politik dan masyarakat di tanah kelahiran.
Saya aktif dalam Parti Warisan, memegang amanah sebagai Ketua Wira Warisan P167 Kudat. Melalui platform ini, saya berusaha menyuarakan aspirasi rakyat Kudat khususnya dalam isu-isu seperti hak Sabah, pendidikan belia, infrastruktur asas, dan pembangunan ekonomi mampan. Setiap program dan inisiatif yang saya laksanakan adalah atas dasar kecintaan kepada masyarakat dan keyakinan bahawa perubahan bermula dari tindakan kecil yang konsisten.
Di samping politik, saya juga terlibat dalam pelbagai NGO dan gerakan masyarakat seperti Presiden Pertubuhan Muafakat Sabah (MUAFAKAT), Ahli Yayasan IKRAM Malaysia, dan aktivis BERSIH 2.0 Sabah. Saya percaya bahawa melalui kerjasama dan perpaduan, kita mampu membawa perubahan positif yang bermakna untuk negeri Sabah dan negara Malaysia.
Maklumat Peribadi
Pendidikan
Sarjana Keselamatan, Kesihatan & Pengurusan Risiko
Open University Malaysia β 2020βkini
Ijazah Sarjana Muda Sains Sekitaran
Universiti Malaysia Sabah β 2009β2013
Pengalaman Kerjaya
Health, Safety & Environment Specialist
Maxis Broadband Sdn. Bhd
2019βKini
Ahli Lembaga Pengarah
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
2019β2020
Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Kudat
Lembaga Pertubuhan Peladang
2019β2020
Safety & Health Officer
Tadau Energy Sdn. Bhd, Kudat
2018β2019
Safety & Health Officer
Digi Telecommunication Sdn. Bhd
2015β2018
Pengalaman Politik & Kepimpinan
Ketua Wira Warisan P167 Kudat
2022βKini
Ketua Penerangan Wira Warisan Malaysia
2022β2024
Exco Wira Warisan Malaysia
2019β2022
Naib Presiden, Majlis Perwakilan Pelajar, UMS
2010β2013 (Dua penggal berturut-turut)